Wednesday, May 20, 2009

Teknik menghias ruang laman yang terhad

Di kawasan bandar terutamanya di kawasan perumahan seperti rumah teres, kita sering mengenepikan keinginan kita untuk mengadakan laman dengan alasan ruang terlalu kecil untuk menghias sebagai laman. Baca artikel ini dan anda mungkin mendapat inspirasi baru untuk mencantikkan laman comel anda...


Beberapa tips untuk menghidupkan ruang laman anda yang kecil dan sempit

1. Gunakan cermin secara kreatif

Cermin yang digunakan perlulah deri jenis tahan cuaca dan lasak. Posisi cermin juga perlu agar tidak mengadap kepada kawasan lalu-lalang. Jika ia dapat membalikkan kawasan pemandangan bersetentang dengannya adalah lebih baik untuk memberi ilusi ruang yang luas di belakang cermin tersebut.





2. Gunakan teknik ilusi

Tujuan utamanya adalah untuk menarik perhatian. Ini boleh dilakukan dengan lukisan (atau dipanggil trompe l'oeil dalam bahasa perancis bermakna ilusi untuk menipu pandangan). Anda boleh menggunakan khidmat pelukis atau jika anda memiliki bakat ini sendiri, anda boleh menghasilkannya menurut citarasa anda sendiri. Pilihan seni haruslah untuk menimbulkan persepsi luas kerana jika anda lukis sembarangan, laman anda akan kelihatan sumbang dan semak. Pastikan anda menggunakan medium cat yang tahan perubahan cuaca di negara kita. Anda juga boleh membuat replika pintu atau tingkap menggunakan material sebenar (kayu, kaca dan sebagainya) untuk menimbulkan persepsi ruang di belakang ilusi pintu tersebut.




Kiri: Lukisan pada pintu bangsal ini mewujudkan ilusi ruang terbuka dengan pelbagai barang di dalamnya di samping kehadiran seekor burung hantu.


Kanan: Ilusi pintu jepun ini diilhamkan pada sebuah dinding menyerupai rupa asal, dilengkapkan dengan elemen tempayan, terompah, lampu jepun dan pokok menjalar




3. Gabungkan pelbagai elemen dengan kreatif

Kepada yang memiliki ruang laman yang luas, mereka boleh bermain dengan ruang, pelbagai jenis tumbuhan dan perspektif. Tetapi bagi anda yang memiliki ruang kecil, anda perlu bermain dengan jenis pasu yang digunakan termasuk tekstur dan warnanya, di samping tumbuhan dari pelbagai jenis tetapi sesuai sebagai satu kombinasi. Apa yang penting adalah hasilnya apabila semua elemen ini digabungkan. Jika dinding anda adalah simen atau batu, warna yang digunakan mestilah sesuai untuk mengujudkan ruang yang luas dan lapang.



Pemilihan elemen pasu bertekstur, tempayan bercorak, deko pasu unik dan tumbuhan dari pelbagai rupa, warna dan jenis menjadikan ruang laman yang sempit ini seakan-akan satu hasilan seni yang hidup.



Pelbagai tumbuhan digarap dalam kelompok berasingan menjadikan laman ini satu hasil seni yang kreatif


4. Gunakan trelis dan konsep laman vertical ("vertical garden")

Trelis adalah selapis jaringan kayu yang didirikan untuk menghadkan pandangan kepada ruang belakang, sama ada kawasan terbuka ataupun dinding batu. Ia boleh dibuat dengan pelbagai rupa yang kreatif samada dengan ruang tingkap terbuka, bentuk geometri yang pelbagai, atau digabungkan dengan elemen-elemen lain seperti pasu terracotta. Anda juga boleh memanfaatkan dinding untuk menanam tanaman dalam pasu yang dilekatkan ke dinding. Ini dinamakan konsep "vertical garden" atau laman vertikal yang sesuai dengan ruang tanah yang terhad. Kombinasi trellis dan tanaman anda akan memberikan perspektif baru kepada dinding anda.


Kiri: Trelis dengan ruang bulat terbuka di tengah dijadikan hidup dengan lingkaran tumbuhan menjalar. Ia sesuai juga dijadikan pembahagi ruang tanpa menghadkan pandangan kepada bahagian di belakang


Kanan: Trelis yang dibentuk cantik dengan bentuk geometri dilitupi sebahagiannya oleh pokok menjalar




Kiri: Trelis ringkas dengan susunan pasu terracotta. Boleh juga ditanam dengan pokok bunga pelbagai warna untuk menceriakan keadaan


Kanan: Pasu yang menggunakan konsep vertical garden di mana tanaman diletakkan di dinding, bukan di atas tanah seperti biasa


5. Gunakan elemen air terjun ("water feature")

Air terjun sedang menjadi trend pada masa kini dengan pelbagai jenis dan rupa bentuk. Memandangkan ruang yang terhad anda boleh gunakan jenis yang terlekat pada dinding. Ini memerlukan sedikit kos untuk menebuk dinding bagi menjadikannya pancuran air. Ada pelbagai jenis rekabentuk samada unit berasingan atau sebuah deko seni seperti lukisan yang besar. Anda juga boleh menggunakan unit air terjun yang ringkas berbentuk seperti mangkuk atau pasu dengan lelehan air turun dengan bunyi yang asyik dan mendamaikan.



Air terjun terlekap pada dinding dengan ruang longkang kecil sesuai untuk ruang laman yang terhad

Deko hiasan dinding dengan gambar bertekstur menarik sesuai sebagai feature untuk ruang laman yang sempit.



Kiri: Air terjun berbentuk pasu ala tradisional sesuai dijadikan tema untuk konsep laman tertentu

Kanan: Air terjun dengan deko ringkas berasingan di susun secara menaik (atau menurun)




Air terjun untuk konsep ala rustik inggeris dengan hiasan batu dan litupan pokok-pokok
Anda juga boleh menggunakan unit air terjun fiberglas yang ringan dan ringkas. Dengan penjagaan yang betul seperti mengelakkan terdedah kepada cuaca panas terik atau mengelakkan dari ditindih dengan objek berat, waterfeature seperti ini boleh tahan lama.Semua unit ini memiliki besen air berasingan dan mudah diceraikan menjadikannya mudah diselenggara. Anda boleh meletakkannya di sudut laman anda dan dikelilinginya oleh pokok-pokok rimbun bagi mengujudkan suasana rimbun belukar yang semulajadi dengan ilusi lelehan turun air terjun dari batu.

Direka dengan tujuan mengisi ruang sempit di kawasan laman rumah teres, air terjun fiberglas seperti ini mungkin sesuai untuk laman anda.


Dengan warna biru aqua dan palitan kuning, air terjun yang digelar "Fantasy Rock Garden" ini berukuran 2 kaki persegi dan boleh menjadi deko tumpuan di laman anda jika digarap dengan tumbuhan unik

"Jungle Oasis" yang berukuran 2 X 3 kaki persegi dengan warna seakan-akan batu pasir ini sesuai digarap dengan pokok-pokok hutan hutan termasuk orkid



"Floral charm" dengan deko hiasan berupa bunga 3D berwarna bersama kolam bersaiz 2 kaki persegi, amat sesuai untuk ruang laman terhad.










Penggunaan elemen-elemen ini adalah bergantung kepada kesesuaian tema, ruang dan kedudukan laman anda. Cara yang terbaik adalah mengumpulkan idea yang ingin anda terapkan untuk laman anda dan berbincang dengan pereka lanskap anda bagi memastikan kesesuaian dan hasil yang memuaskan apabila siap nanti. Tanaman adalah unsur yang organik dan terus berkembang. Adalah baik untuk anda fokuskan bagi menunggu hasil yang sesuai sebelum menggarap laman anda. Pastikan anda memilih pokok yang sesuai dengan komitmen anda untuk menjaganya. Memilih pokoK yang perlukan penjagaan rapi sedangkan anda sibuk bekerja mungkin bukan tindakan yang tepat. Anda boleh berbincang dengan pakar tanaman anda untuk memilih pokok yang sesuai.


Sumber foto: Laman, Small gardens, Gardening in small spaces dan Kautsar Garden Deco





UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG KOLEKSI AIR TERJUN KELUARAN KAUTSAR GARDEN DECO (JOHOR BAHRU), SILA LAYARI LAMAN KAUTSAR GARDEN DECO.
KLIK DI SINI