Beberapa tips untuk menghidupkan ruang laman anda yang kecil dan sempit
1. Gunakan cermin secara kreatif
Cermin yang digunakan perlulah deri jenis tahan cuaca dan lasak. Posisi cermin juga perlu agar tidak mengadap kepada kawasan lalu-lalang. Jika ia dapat membalikkan kawasan pemandangan bersetentang dengannya adalah lebih baik untuk memberi ilusi ruang yang luas di belakang cermin tersebut.
2. Gunakan teknik ilusi
Tujuan utamanya adalah untuk menarik perhatian. Ini boleh dilakukan dengan lukisan (atau dipanggil trompe l'oeil dalam bahasa perancis bermakna ilusi untuk menipu pandangan). Anda boleh menggunakan khidmat pelukis atau jika anda memiliki bakat ini sendiri, anda boleh menghasilkannya menurut citarasa anda sendiri. Pilihan seni haruslah untuk menimbulkan persepsi luas kerana jika anda lukis sembarangan, laman anda akan kelihatan sumbang dan semak. Pastikan anda menggunakan medium cat yang tahan perubahan cuaca di negara kita. Anda juga boleh membuat replika pintu atau tingkap menggunakan material sebenar (kayu, kaca dan sebagainya) untuk menimbulkan persepsi ruang di belakang ilusi pintu tersebut.
Kiri: Lukisan pada pintu bangsal ini mewujudkan ilusi ruang terbuka dengan pelbagai barang di dalamnya di samping kehadiran seekor burung hantu.
3. Gabungkan pelbagai elemen dengan kreatif
Kepada yang memiliki ruang laman yang luas, mereka boleh bermain dengan ruang, pelbagai jenis tumbuhan dan perspektif. Tetapi bagi anda yang memiliki ruang kecil, anda perlu bermain dengan jenis pasu yang digunakan termasuk tekstur dan warnanya, di samping tumbuhan dari pelbagai jenis tetapi sesuai sebagai satu kombinasi. Apa yang penting adalah hasilnya apabila semua elemen ini digabungkan. Jika dinding anda adalah simen atau batu, warna yang digunakan mestilah sesuai untuk mengujudkan ruang yang luas dan lapang.
Pelbagai tumbuhan digarap dalam kelompok berasingan menjadikan laman ini satu hasil seni yang kreatif
4. Gunakan trelis dan konsep laman vertical ("vertical garden")
Trelis adalah selapis jaringan kayu yang didirikan untuk menghadkan pandangan kepada ruang belakang, sama ada kawasan terbuka ataupun dinding batu. Ia boleh dibuat dengan pelbagai rupa yang kreatif samada dengan ruang tingkap terbuka, bentuk geometri yang pelbagai, atau digabungkan dengan elemen-elemen lain seperti pasu terracotta. Anda juga boleh memanfaatkan dinding untuk menanam tanaman dalam pasu yang dilekatkan ke dinding. Ini dinamakan konsep "vertical garden" atau laman vertikal yang sesuai dengan ruang tanah yang terhad. Kombinasi trellis dan tanaman anda akan memberikan perspektif baru kepada dinding anda.
Kiri: Trelis ringkas dengan susunan pasu terracotta. Boleh juga ditanam dengan pokok bunga pelbagai warna untuk menceriakan keadaan
5. Gunakan elemen air terjun ("water feature")
Air terjun sedang menjadi trend pada masa kini dengan pelbagai jenis dan rupa bentuk. Memandangkan ruang yang terhad anda boleh gunakan jenis yang terlekat pada dinding. Ini memerlukan sedikit kos untuk menebuk dinding bagi menjadikannya pancuran air. Ada pelbagai jenis rekabentuk samada unit berasingan atau sebuah deko seni seperti lukisan yang besar. Anda juga boleh menggunakan unit air terjun yang ringkas berbentuk seperti mangkuk atau pasu dengan lelehan air turun dengan bunyi yang asyik dan mendamaikan.
Air terjun terlekap pada dinding dengan ruang longkang kecil sesuai untuk ruang laman yang terhad
Deko hiasan dinding dengan gambar bertekstur menarik sesuai sebagai feature untuk ruang laman yang sempit.
Kiri: Air terjun berbentuk pasu ala tradisional sesuai dijadikan tema untuk konsep laman tertentu
Kanan: Air terjun dengan deko ringkas berasingan di susun secara menaik (atau menurun)
Air terjun untuk konsep ala rustik inggeris dengan hiasan batu dan litupan pokok-pokok
Anda juga boleh menggunakan unit air terjun fiberglas yang ringan dan ringkas. Dengan penjagaan yang betul seperti mengelakkan terdedah kepada cuaca panas terik atau mengelakkan dari ditindih dengan objek berat, waterfeature seperti ini boleh tahan lama.Semua unit ini memiliki besen air berasingan dan mudah diceraikan menjadikannya mudah diselenggara. Anda boleh meletakkannya di sudut laman anda dan dikelilinginya oleh pokok-pokok rimbun bagi mengujudkan suasana rimbun belukar yang semulajadi dengan ilusi lelehan turun air terjun dari batu.
Direka dengan tujuan mengisi ruang sempit di kawasan laman rumah teres, air terjun fiberglas seperti ini mungkin sesuai untuk laman anda.
Dengan warna biru aqua dan palitan kuning, air terjun yang digelar "Fantasy Rock Garden" ini berukuran 2 kaki persegi dan boleh menjadi deko tumpuan di laman anda jika digarap dengan tumbuhan unik
"Jungle Oasis" yang berukuran 2 X 3 kaki persegi dengan warna seakan-akan batu pasir ini sesuai digarap dengan pokok-pokok hutan hutan termasuk orkid
Sumber foto: Laman, Small gardens, Gardening in small spaces dan Kautsar Garden Deco
UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG KOLEKSI AIR TERJUN KELUARAN KAUTSAR GARDEN DECO (JOHOR BAHRU), SILA LAYARI LAMAN KAUTSAR GARDEN DECO.
KLIK DI SINI